MAJLIS ANUGERAH KAP 2008


Antara tetamu-tetamu yang hadir


Pandai juga murid-murid SKC ini berlakon ye...syabas dan tahniah

28 Mei 2009 - Satu Majlis Anugerah Kecemerlangan Kelas Agama Petang (KAP) dan Penyerahan Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2008 telah di adakan di dewan Warisan SKC petang tadi. Antara tetamu yang hadir ialah YDP PIBG En Salam dan Penyelaras KAP Daerah Us Haji Madah serta Guru Besar dan GPK 1. Ia telah dirasmikan oleh Tn Hj Muzni b Hj Borhan Pegawai Penyelaras Pengurusan Masjid Daerah Rembau yang menjadi wakil kepada Tn Hj Nur Azamir b Hj Alias Kadi Rembau yang tidak dapat hadir.
Majlis ini juga telah dihiburkan dan dipertontonkan satu pentomen nasihat yang dilakonkan oleh murid-murid tahun lima. Tahniah lakonan dan persembahan yang sangat menyakinkan. Murid-murid yang mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan tahun lepas telah menerima hadiah. Majlis ini juga merupakan majlis Penyerahan Keputusan UPKK tahun 2008. Seramai 11 orang daripada murid-murid tahun enam (tahun lima 2008) menerima sijil dan sumbangan daripada Pengurusan KAP SKC. Bagi tahun ini seramai 4 orang telah mendapat keputusan 8A, seorang 7A 1B, 2 orang 6A 2B, 1 orang 6A 1B 1C dan 3 orang mendapat keputusan 5A 2B 1C. TAHNIAH dan teruskan kecemerlangan untuk UPSR 2009.





CERAMAH KESELAMATAN JALAN RAYA


















TUMPUAN MURID DIBERIKAN SEMASA CERAMAH JKJR YANG DISAMPAIKAN OLEH PEGAWAI JPJ


















27 Mei 2009 : Satu ceramah Keselamatan Jalan Raya telah diadakan di Dewan Warisan SK Chembong. Ia dihadiri oleh semua murid tahap 2. Ceramah telah disampaikan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Murid-murid dan guru-guru telah didedahkan mengenai kepentingan keselamatan semasa di jalan raya. Bahan ceramah ini telah dipancarkan melalui LCD. Audio dan VIDEO telah banyak membantu kefahaman murid-murid mengenai soal keselamatan jalan raya

MINUM MILO ANDA JADI SIHAT DAN KUAT...

Minum MILO anda jadi sihat dan kuat. itulah slogan yang biasa kita dengar di televisyen semasa iklan MILO ini diudarakan. NESTLE Distrubutor telah sudi datang untuk memberikan minuman MILO secara percuma kepada seluruh warga SKC. Rata-rata seronok dengan kehadiran LORI MILO ni. kelihatan beberapa orang murid menyatakan keseronokannya semasa Minum MILO. TERIMA KASIH NESTLE....

TAHNIAH...SKC MENANG LAGI




GB Menyampaikan hadiah kepada pemenang

25 Mei 2009 - SKC Menang Lagi. Tahniah kepada pasukan Kuiz Kesihatan SKC kerana telah mendapat tempat keempat dalam Pertandingan Kuiz Kesihatan Peringkat Daerah yang di adakan pada 20 Mei 2009 bertempat di Pusat Kecemerlangan Murid di Rembau. Kedudukan keempat daripada 22 buah sekolah memang membanggakan dan seluruh warga SKC mengucapkan tahniah kepada 4 orang murid yang diketuai oleh Siti Nur Afini Roslan, seterusnya Nabilah Syasa, Nazmeer Ramli dan Nur Nadrah Raihah di bawah bimbingan Pn Rozita bt Rashid. Tahniah kerana anda telah mengharumkan nama SKC dan semoga kejayaan akan berkekalan dan lebih hebat lagi



Antara hadiah yang diperolehi oleh pemenang

PROGRAM KALIBRASI JURURAWAT PERGIGIAN

20 Mei 2009 - Satu program Kalibrasi Karies Untuk Jururawat Pergigian Klinik Pergigian Tampin/ Rembau telah di adakan di Makmal Seni SKC. Seramai hampir 29 orang kakitangan yang terdiri dari Ketua Jururawat 2 orang, Jururawat 17 orang, Pembantu Pembedahan Pergigian 10 orang dan penglibtan seramai 13 orang murid daripada tahun 5 dan 6. Koordinator Program ini ialah Dr Maznah bt Mohd Nor (Peg. Kesihatan pergigian Daerah Port Dickson), Pemantau Klinikal Dr Saliza bt Sani dan Dr Rosnah bt Atan.
SKC amat berbangga kerana satu-satunya sekolah yang terpilih dalam dua daerah ini. Ini dapat dilihat bagaimana semua warga SKC memberi komitmen yang sebaik mungkin dan peserta-peserta memberi kerjasama yang sangat baik. Objektif Program ini adalah untuk menyeragamkan pencartaan Karies dikalangan Jururawat Pergigian dan meningkatkan mutu kerja di kalangan Jururawat Pergigian di dalam memberi perkhidmatan kepada murid-murid sekolah khasnya dan keseluruhan amnya.
Pihak SKC mengucapkan terima kasih kepada Klinik Pergigian Daerah yang telah memilih SKC untuk terlibat bersama-sama dalam Prorgram ini. Semua peserta akan diberikan Sijil dan cenderamata. TAHNIAH

SELAMAT HARI GURU

Wajah-wajah guru yang dilantik Sekitar suasana semasa LDP 16 Mei 2009


16 Mei 2009 - SELAMAT HARI GURU buat semua warga PENDIDIK seluruh negara. Sempena Hari Guru ini satu Kursus LDP telah dianjurkan. Tanpa memikirkan hari cuti dan bersemangat sempena hari guru ini hampir semua kakitangan akademik menghadirinya. Beberapa perbentangan kertas projek telah dilaksanakan seperti pengurusan diri, Kajian Kualitatif, Projek Engeneering, Kursus Muzik dan Pengurusan STREES.
Pada hari ini juga telah diumumkan beberapa jawatan hangat yang sangat-sangat dinantikan. Antaranya jawatan guru bestari, bendahari PIBG dan lantikan AJK PIBG bagi sesi 2009/2011. Tahniah diucapkan kepada yang dilantik. Semoga amanah diberikan dapat dilaksanakan sebaik mungkin. TAHNIAH...

ICT CARNIVAL

13 MEI - PERISTIWA HITAM



Pada tanggal 13.5.1969, telah berlaku tragedi 13 Mei yang merupakan catatan hitam dalam sejarah negara, telah menggugat kemamanan dan kestabilan politik di negara ini.
Walaupun telah 40 tahun berlalu, namun peristiwa berdarah ini masih segar dalam ingatan. Betapa sengsaranya bumi Malaysia apabila api perkauman bertiup kencang, pertelingkahan kaum menyelubungi negara, dan nyawa bagai hilang harga. Kesan dari tragedi itu ramai nyawa yang tak berdosa terkorban telah dan harta benda juga turut musnah. Bagaimana pun peristiwa hitam tersebut merupakan satu rahmat yang tersembunyi. Ini kerana ia merupakan titik perubahan corak dan falsafah sosio-politik dan ekonomi negara, juga telah menyedarkan semua pihak betapa jurang perbezaan tersebut adalah merupakan masalah asas masyarakat Malaysia.

Untuk menenangkan keadaa tersebut, tindakan segera telah diambil oleh kerajaan dengan perisytiharan darurat di seluruh negara oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Pada keesokan harinya Majlis Gerakan Negara atau ringkas `MAGERAN’ telah ditubuhkan untuk bertindak sebagai badan pemerintah.

Pada 16 Mei 1969 Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN. Dengan Pembubaran Parlimen oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong, MAGERAN telah menubuhkan MAJLIS PERUNDINGAN NEGARA pada bulan Januari 1970 yang mengandungi 66 orang ahli dari semua golongan masyarakat. Majlis Perundingan Negara itu mengadakan satu dialog di antara semua wakil golongan masyarakat bagi mencari jalan untuk menguatkan tahap perpaduan di negara ini. Perbincangan itu juga bagi mendapatkan satu panduan yang positif dalam usaha-usaha mencapai kerjasama antara kaum dan identiti masyarakat yang tulen. Hasil dari pertemuan, kesemua wakil dari semua golongan, maka lahirlah konsep RUKUN NEGARA sebagai menifestasi ideologi kebangsaan.

Sesungguhnya Peristiwa 13 Mei, yang berlaku pada hari ini dalam tahun 1969, adalah satu pengajaran bagi seluruh rakyat di negara ini supaya saling hormat-menghormati dan sentiasa bertolak ansur demi menjamin keamanan dan kesejahteraan.

Menyedari hakikat ini, pemimpin negara berusaha memadamkan api perkauman dan ekoran daripada itu maka bergemalah Rukun Negara. Kini 40 tahun telah berlalu, perpaduan telah kita nikmati, kemakmuran telah sama kita rasai, dan harga perpaduan ini tiada tolok bandingnya. “Aset “ ini perlu dipelihara, agar generasi akan datang mampu meneruskan kelangsungan kemakmuran yang kita nikmati hari ini.

Namun demikian, perpaduan bukannya mutlak, ia boleh hancur sekelip mata jika api perkauman cuba dinyalakan sekali lagi. Hakikat tetap hakikat, kita perlu akur bahawa pada hari ini ada cubaan pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab, tamak haloba, dengki hati dan cuba untuk menyaksikan kembali peristiwa berdarah ini. Api perkauman dinyalakan, perlembagaan dipertikaikan, Bahasa Melayu, Hak Istimea Orang Melayu, dan juga Kedaulatan Sultan dan raja Melayu, yang semuanya termaktub dalam Perlembagaan Negara, kini dipersoalkan. Justeru sebagai bangsa Melayu, wajarkah kita berdiam diri dan menunggu saja apa yang bakal berlaku? Atau terus hanyut dalam penyakit sosial yang kian menggila? Berbangga dengan statistik penagihan dadah, seronok merempit dan membunuh bangsa, bertelingkah merebut kuasa, dan semua yang negatif, Melayu lah juara, tanpa menyedari apa yang kita ada cuba dinafikan dengan cara yang halus dan mulus. Kita tidak perlu menghunus senjata,bermandi darah, untuk menjaga hak kita, tapi kita hanya perlu membangkit minda, perkasa usaha, tidak leka dalam keseronokan maya, yang sengaja dicipta, untuk melihat kita binasa. Ilmu, kesedaran , ketakwaan dan kepakaran, adalah senjata lebih utama dalam mempertahankan hak kita