Sasterawan Negara Allahyarham Datuk Usman Awang dalam sajaknya yang terkenal ”Guru Oh Guru’’, menyatakan “jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa, jika hari ini seorang raja menaiki takhta, jika hari ini seorang peguam menang bicara, sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.”
Sajak ini membuktikan bahawa betapa besar dan pentingnya peranan guru kepada agama, bangsa dan negara. Tugas dan peranan guru tidaklah terhad di dalam bilik darjah semata-mata malahan lebih luas daripada itu. Guru merupakan arkitek bangsa dan agen utama perubahan masyarakat.
Tugas guru yang maha berat adalah bagi melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segenap aspek. Guru perlu menerapkan segala ilmu, kemahiran serta nilai-nilai murni ke dalam jiwa para pelajar. Guru juga perlu membimbing anak-anak didiknya agar menjadi modal insan kelas pertama yang mampu hidup sejahtera dan dapat pula menumbangkan khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara.
Maju atau mundurnya sesuatu bangsa dan sesebuah negara amat bergantung kepada sumbangan dan peranan guru. Peribahasa ada menyatakan “kalau guru kencing berdiri, murid kencing berlari.’’ Guru menjadi suri teladan yang utama kepada anak-anak didiknya. Generasi pelajar hari ini yang akan menjadi pemimpin pada masa depan akan dicorakkan oleh guru. Kesimpulannya adalah tepat sekiranya dikatakan guru ialah PEMBINA NEGARA BANGSA
No comments:
Post a Comment