BUDAYA KERJA CEMERLANG

Penceramah slot ' Budaya Kerja Cemerlang ' En Abd Rahim b Bahaman dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti KPM
Sebahagian guru khusyuk mendengar isi ceramah
Perbandingan dua kategori pekerja, Cuba renungkan ... di manakah kita?
Slot PKG - Pengurusan PSS oleh En Fairus b Osman - Penyelia PKG Rembau

MAKBES, 20 Jun 2009 - SKC telah mengadakan kursus LDP kali ke 3 bertempat di MAKBES SKC. Untuk kali ini dua orang penceramah telag di datangkan khas untuk memberi pelbagai info berguna kepada Guru-guru SKC. Slot 1 telah dikendalikan oleh En Abd Rahim b Bahaman dari Jemaah nazir dan Jaminan Kualiti KPM yang memberi slot mengenai 'Budaya Kerja Cemerlang'. Sepanjang dua jam berceramah penumpuan diberikan kerana apa yang disampaikan merupakan satu input untuk membudaya kerja yang cemerlang. di samping itu beberapa sesi latihan dan juga permainan diselitkan sepanjang ceramah ini.
Untuk slot yang kedua lebih menjurus kepada Pengurusan PSS dan NiLAM. Ia disampaikan oleh Penyelia PKG Rembau iaitu En Fairus b Osman. Banyak persoalan dan permasalahan yang dilontarkan dijawab dengan baik oleh penceramah. slot lain yang diadakan di dalam LDP kali ke 3 ini ialah Slot terapi Warna oleh GBS SKC.

TAHNIAH PENERIMA APC 2008


19 Jun 2009 - Seramai 4 orang guru dari SK Chembong telah dipilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2008. Mereka terdiri daripada :-

a. En Mohd Aji b Abd Ghani - Guru Besar
b. Cik Badariah bt Md Dahlan - Penyelaras Tahun Enam
c. Pn Sharliah bt Shaharudin - Guru Bahasa Inggeris
d. Cik Ezlinirdayu bt Jailani - Guru DATA

Seluruh Warga SKC mengucapkan SYABAS DAN TAHNIAH di atas penerimaan APC 2008. Semoga perkhidmatan yang akan diberikan akan bertambah cemerlang dari masa ke semasa. Untuk GB ini merupakan anugerah yang sangat bermakna kerana beliau akan bersara pada pertengahan bulan Ogos nanti. TERUSKAN KECERMERLANGAN DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

NASI LEMAK. SATU



SKC, 19 Jun 2009 - Hari ini semua staf SKC telah menerima satu bungkusan Nasi Lemak yang diedarkan-edarkan oleh pengawas-pengawas. Semua kelihatan ceria apabila menerima sebungkus nasi lemak. Yelah lepas hari ini punya sarapan pagi. kebiasaannya order nasi goreng ke, rojak ke dari kantin tapi hari ini order air aje. Nasi Lemak dah ada. Siapa empunya gerangan yang bermurah hati memberi bungkusan Nasi Lemak yang best ni ?
Siapa lagi semua dah tahukan Cik Badariah Md Dahlan. Mungkin sempena beliau baru menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 (APC 2008) kot. Kami seluruh warga SKC ucapkan terima kasih bebanyak. SAVE duit hari ni. TAHNIAH di atas penganugerahan APC JPNS 2008. Penerima-penerima APC 2008 yang lain, bila lagi ye ? WARGA SKC AMAT BERGEMBIRA DAN TAHNIAH ATAS PENERIMAAN APC 2008.

KONGSI PENGALAMAN

KUALA LUMPUR: Malaysia sentiasa percaya berhubung perkongsian pengalaman dan pengetahuan melalui kerjasama dengan rantau lain dan negara yang lebih jauh lagi bagi mencapai matlamat dan sasaran pendidikan untuk semua (EFA), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, perkongsian boleh dibuat dalam bentuk pertukaran tenaga pakar melalui penempatan kumpulan petugas, hubungan institusi dan lain-lain.

"Saya yakin ramai daripada kita akan menjadi saksi kepada kenyataan bahawa kekurangan sumber menjadi halangan utama bagi mencapai EFA. Ini kami percaya akan menjadi satu cabaran," katanya dalam ucapan aluan pada majlis pembukaan persidangan Menteri-menteri Pendidikan Komanwel ke-17 (17 CCEM) di sini, hari ini.


Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, semua pemegang kepentingan pada peringkat global dan juga kerajaan, masyarakat umum dan penyumbang dana pada peringkat negara perlu mengambil tindakan bagi memastikan matlamat itu kekal pada landasannya.


"Kami percaya bahawa semua anak-anak kita mempunyai hak yang sama bukan saja untuk mendapat pendidikan tetapi pendidikan yang berkualiti," katanya.

Beliau berkata, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kerajaan sudah memperuntukkan lebih daripada RM25.8 bilion bagi sektor pendidikan yang mewakili 16.7 peratus daripada jumlah perbelanjaan kerajaan.

"Kadar celik huruf kami adalah lebih daripada 93 peratus yang menunjukkan komitmen Malaysia bagi menyediakan pendidikan yang berkualiti," katanya.

Muhyiddin berkata, persidangan ini yang akan diadakan mulai 15 hingga 19 Jun menyediakan platform yang hebat bagi membentuk kerjasama dan perkongsian yang akan menggerakkan sumber dan menyelaraskan strategi bagi mengurangkan kesan daripada krisis ekonomi global terhadap sistem pendidikan di kalangan negara anggota.

"Malaysia sudah menjalin perkongsian dengan Majlis Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran Asia Tenggara (SEAMEO), Asean dan rakan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) bagi menjadikan EFA sebagai satu kenyataan," katanya.

Pada sidang media kemudian, Muhyiddin berkata keputusan mengenai Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan diumumkan tidak lama lagi.

"Saya akan memberi taklimat kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dalam beberapa hari lagi," katanya. - Bernama

ISU PERLAKSANAAN B.INGGERIS (SPM)

Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) berpendapat subjek Bahasa Inggeris (BI) dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak sesuai diwajibkan kepada calon-calon dalam masa terdekat ini.

Ini kerana negara sedang berdepan dengan masalah nisbah guru bahasa itu yang rendah berbanding jumlah pelajar.

Presiden PIBGN, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hasan yang menyokong cadangan kerajaan itu berkata, pelaksanaan dasar baru pendidikan negara itu hanya boleh dilakukan seawal-awalnya mulai 2012.

"Kita sedang berdepan dengan masalah kekurangan guru Bahasa Inggeris yang ketara dan jika diwajibkan sekarang, sudah pasti kesan negatifnya akan dirasai oleh pelajar.

"Kementerian Pelajaran menyedari hal ini. Kekurangan ini belum lagi membabitkan guru-guru Bahasa Inggeris yang dikategorikan sebagai pakar, mahir dan separuh mahir," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin yang mencadangkan supaya calon-calon diwajibkan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam SPM.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran ketika mengutarakan cadangan itu berkata, pendekatan yang tidak mewajibkan calon SPM lulus BI sebelum ini menyebabkan tahap penguasaan bahasa antarabangsa itu sangat lemah terutama bagi pelajar di kawasan luar bandar.

Menurut Mohamad Ali, kerajaan perlu mengambil pendekatan proaktif mulai sekarang agar pada 2012 nanti jumlah guru Bahasa Inggeris yang terlatih mencukupi.

Katanya, kekurangan guru yang mampu mengajar mata pelajaran itu dengan baik sangat ketara apabila setiap seorang guru BI perlu mengajar sehingga 12 kelas berlainan.

Sedangkan, jelasnya, nisbah yang optimum ialah seorang guru hanya mengajar lima kelas agar fokus dan kaedah pengajaran serta pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik.

PANORAMA TERKINI MAKBES

Gambar : Bahagian Pintu Masuk MAKBES


Selamat bercuti. Ingat minggu depan dah mula bersekolah. Dalam cuti ini PMICT menggunakan kesempatan yang ada untuk mengemaskini 'interior' MAKBES ( Makmal Bestari ). Rasanya banyak yang perlu di 'touch up' untuk memberikan satu suasana yang sangat menarik. PMICT mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan serta kerjasama untuk merealisasikan hasrat ini. Idea dari semua amat diperlukan. Ini baru permulaan setelah hampir setahun MAKBES tidak diceriakan dengan design baru. KE ARAH MAKBES YANG INDAH DAN CERIA SERTA FUTURISTIK MODEN DAN SENSASI

NANTIKAN KEMUCULAN KONSEP BARU MAKBES..........

TAHNIAH TAN SRI KPPM...


Sempena Hari Keputeraan SPB Yang Di Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Y. Bhg. Tan Sri' Haji Alimuddin bin Haji Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah dianugerahkan Pingat dan Bintang Kebesaran Persekutuan Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan Sri. Kami Warga Pendidik amat berasa bangga di atas penganugerahan ini. TAHNIAH dari kami WARGA SKC.

HARI KEPUTERAAN YANG DIPERTUAN AGONG



sambutan ini akan diadakan pada 6 Jun 2009

SELAMAT BERCUTI

Sekarang telah bermula cuti akhir tahun bagi murid-murid dan guru.Justeru itu banyaklah perancangan yang akan dilaksanakan cuti nanti. Murid-murid yang akan mengambil peperiksaan upsr 2010 sudah pasti akan 'dikerah' ke sekolah untuk menghadiri Kelas Tambahan. Banyak perkara yang boleh di buat. Pergilah Melancong kerana ia akan menambahkan lagi pengalaman dan mengenal budaya dan adab resam budaya malaysia. ZOOM Malaysia merupakan satu kempen untuk menggalakkan melancong di negara sendiri. CUTI cuti nilah masanya banyak undangan Perkahwinan. Khas buat warga pendidik dan pelajar seluruh Malaysia, "Selamat Bercuti" dan " SELAMAT MELANCONG" kerana semuanya ada di Malaysia dan kunjungilah Majlis Perkahwinan kerana ia akan mengeratkan lagi tali persaudaraan.