PEMBESTARIAN SEKOLAH

Lanjutan daripada kejayaan pelaksanaan pemantapan 88 sekolah bestari penanda aras antara tahun 2006 dan 2008, Kementerian Pelajaran meneruskan kerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) - pemacu inisiatif MSC Malaysia, mewujudkan satu model untuk membantu menyegerakan pembestarian ke sekolah-sekolah luar bandar.Justeru MDeC akan menyokong usaha tersebut dengan memfokus kepada 50 sekolah luar bandar secara berperingkat.Sebagai permulaan, sebanyak 15 buah sekolah luar bandar telah dipilih untuk pelaksanaan pada tahun ini.

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, sekolah bestari merupakan salah satu projek mega negara bagi menyahut cabaran wawasan 2020 untuk membangunkan satu sistem ekonomi yang berasaskan pengetahuan agar dapat menghadapi persaingan dengan negara-negara lain.''Cabaran tersebut menuntut agar negara membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri k-worker, celik dan mahir dalam ICT, mampu bersaing pada peringkat tempatan dan pada peringkat global, bahkan memiliki jati diri dan daya saing yang tinggi.'' Selaras dengan hasrat ini, kementerian telah mengenal pasti ICT sebagai salah satu faktor penting yang membantu pencapaian matlamat pembangunan pendidikan dari tahun 2001 hingga tahun 2010,'' ujarnya.Beliau menyatakan demikian pada perasmian pelancaran program tersebut di SMK Felda Besout Sungkai, Perak, baru-baru ini.

Menurut beliau, kementeriannya menyediakan keperluan fizikal dan bukan fizikal untuk membolehkan penggunaan ICT sebagai alat pengupaya (enabling tools) pada semua peringkat organisasi pendidikan.''Selaras dengan matlamat negara kita, pihak kementerian telah memulakan proses transformasi dalam kurikulum dan sistem penilaian.''Oleh itu, pihak kementerian menyasarkan yang 10,000 sekolah akan selesai ditarafkan pada akhir 2010,'' ujar Alimuddin.Katanya, penarafan tersebut mensasarkan 500 buah sekolah mencapai taraf lima bintang, manakala selebihnya mencapai sekurang-kurangnya bertaraf tiga bintang.Ini bermaksud sekolah-sekolah dapat membudayakan ICT dalam pengurusan, pengajaran dan pembelajaran.Ia juga akan melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran-kemahiran untuk bersaing di era globalisasi dan bersedia menghadapi ekonomi berasaskan pengetahuan.

Berucap pada majlis yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Badlisham Ghazali berkata, pelaksanaan program tersebut adalah perlu kerana berdasarkan kepada projek rintis, pemantapan 88 sekolah bestari dan juga kajian-kajian yang dijalankan, model pelaksanaan 1 size fits all tidak boleh digunapakai untuk semua sekolah.''Secara umumnya, program bestari sekolah luar bandar meliputi beberapa aspek-aspek seperti menyediakan perkhidmatan pengurusan dan pemantauan secara end-to-end kepada sekolah dalam pengintegrasian bahan-bahan berasaskan ICT dan alatan bantuan mengajar yang inovatif di dalam pengajaran dan pembelajaran bestari," katanya.Selain itu, program tersebut juga adalah untuk menggiatkan lagi pencapaian matlamat MSC Malaysia dalam merapatkan jurang digital, oleh itu, tahun ini program bestari ditumpukan kepada sekolah-sekolah luar bandar

No comments: