13 MEI - PERISTIWA HITAM



Pada tanggal 13.5.1969, telah berlaku tragedi 13 Mei yang merupakan catatan hitam dalam sejarah negara, telah menggugat kemamanan dan kestabilan politik di negara ini.
Walaupun telah 40 tahun berlalu, namun peristiwa berdarah ini masih segar dalam ingatan. Betapa sengsaranya bumi Malaysia apabila api perkauman bertiup kencang, pertelingkahan kaum menyelubungi negara, dan nyawa bagai hilang harga. Kesan dari tragedi itu ramai nyawa yang tak berdosa terkorban telah dan harta benda juga turut musnah. Bagaimana pun peristiwa hitam tersebut merupakan satu rahmat yang tersembunyi. Ini kerana ia merupakan titik perubahan corak dan falsafah sosio-politik dan ekonomi negara, juga telah menyedarkan semua pihak betapa jurang perbezaan tersebut adalah merupakan masalah asas masyarakat Malaysia.

Untuk menenangkan keadaa tersebut, tindakan segera telah diambil oleh kerajaan dengan perisytiharan darurat di seluruh negara oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Pada keesokan harinya Majlis Gerakan Negara atau ringkas `MAGERAN’ telah ditubuhkan untuk bertindak sebagai badan pemerintah.

Pada 16 Mei 1969 Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN. Dengan Pembubaran Parlimen oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong, MAGERAN telah menubuhkan MAJLIS PERUNDINGAN NEGARA pada bulan Januari 1970 yang mengandungi 66 orang ahli dari semua golongan masyarakat. Majlis Perundingan Negara itu mengadakan satu dialog di antara semua wakil golongan masyarakat bagi mencari jalan untuk menguatkan tahap perpaduan di negara ini. Perbincangan itu juga bagi mendapatkan satu panduan yang positif dalam usaha-usaha mencapai kerjasama antara kaum dan identiti masyarakat yang tulen. Hasil dari pertemuan, kesemua wakil dari semua golongan, maka lahirlah konsep RUKUN NEGARA sebagai menifestasi ideologi kebangsaan.

Sesungguhnya Peristiwa 13 Mei, yang berlaku pada hari ini dalam tahun 1969, adalah satu pengajaran bagi seluruh rakyat di negara ini supaya saling hormat-menghormati dan sentiasa bertolak ansur demi menjamin keamanan dan kesejahteraan.

Menyedari hakikat ini, pemimpin negara berusaha memadamkan api perkauman dan ekoran daripada itu maka bergemalah Rukun Negara. Kini 40 tahun telah berlalu, perpaduan telah kita nikmati, kemakmuran telah sama kita rasai, dan harga perpaduan ini tiada tolok bandingnya. “Aset “ ini perlu dipelihara, agar generasi akan datang mampu meneruskan kelangsungan kemakmuran yang kita nikmati hari ini.

Namun demikian, perpaduan bukannya mutlak, ia boleh hancur sekelip mata jika api perkauman cuba dinyalakan sekali lagi. Hakikat tetap hakikat, kita perlu akur bahawa pada hari ini ada cubaan pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab, tamak haloba, dengki hati dan cuba untuk menyaksikan kembali peristiwa berdarah ini. Api perkauman dinyalakan, perlembagaan dipertikaikan, Bahasa Melayu, Hak Istimea Orang Melayu, dan juga Kedaulatan Sultan dan raja Melayu, yang semuanya termaktub dalam Perlembagaan Negara, kini dipersoalkan. Justeru sebagai bangsa Melayu, wajarkah kita berdiam diri dan menunggu saja apa yang bakal berlaku? Atau terus hanyut dalam penyakit sosial yang kian menggila? Berbangga dengan statistik penagihan dadah, seronok merempit dan membunuh bangsa, bertelingkah merebut kuasa, dan semua yang negatif, Melayu lah juara, tanpa menyedari apa yang kita ada cuba dinafikan dengan cara yang halus dan mulus. Kita tidak perlu menghunus senjata,bermandi darah, untuk menjaga hak kita, tapi kita hanya perlu membangkit minda, perkasa usaha, tidak leka dalam keseronokan maya, yang sengaja dicipta, untuk melihat kita binasa. Ilmu, kesedaran , ketakwaan dan kepakaran, adalah senjata lebih utama dalam mempertahankan hak kita

No comments: