MTAQ DAERAH REMBAU 2010

Amanda johan peserta bercerita SR (P) membuat persembahan di hadapan VVIP

Gaya yang diberikan dalam persembahan sangat menarik

25 Mac 2010 (SEMENDA)- Majlis Tilawah al-Quran (MTAQ) peringkat Daerah Rembau bagi tahun 2010 telah di adakan di SMK Dato' Abdullah Astana Raja Rembau. SKC telah menghantar seramai 5 orang murid sebagai peserta MTAQ yang bertanding dalam pertandingan Tilawah al-Quran SR (lelaki & Perempuan), Hafazan (Perempuan) dan Bercerita SR (Lelaki & Perempuan).Seramai hampir 23 orang peserta dari pelbagai sekolah yang telah menyertai MTAQ kali ini.
Alhamdulillah bagi tahun ini pencapaian peserta MTAQ dari SKC sangat memberangsangkan. Berikut keputusan dan Kedudukan peserta MTAQ :
a. Amanda Natasha binti Shamsuddin (6A) - Johan Bercerita SR (Perempuan)
b. Naqibah binti Aminuddin Jafry (6A) - Naib Johan Hafazan SR (Perempuan)
c. Mohamad Faris Danial b Mazhanash (4A) - Tempat Keempat Bercerita SR (Lelaki)
d. Muhammad Syakir b Suarel (5A) - Tempat keenam Tilawah SR (Lelaki)
e. Nor Shuhadah binti Ahmad (5A) - Tempat 12 Tilawah SR (Perempuan)
TAHNIAH dan syabas diucapkan kepada semua peserta. Tidak lupa juga kepada Guru Pengiring Ustazah Norizah Ali dan Ustazah Asmah serta jurulatih-jurulatih yang telah melatih murid-murid ini hingga mencapai kejayaan yang sangat memberangsangkan. Semoga kejayaan ini dapat diteruskan dan kecemerlangan berkekalan. Amanda NAtasha akan meneruskan cabaran ini ke peringkat Negeri yang diadakan pada 10 April 2010 di SMK Bukit Jalor.

Piala Pusingan yang diterima

Amanda dan Naqibah bersama hadiah masing-masing

Amanda menerima hadiah dari Y.Bhg Datin Hjh Naemah PPD Rembau



INDAH CERIA...SKC


Hari ini tercipta sejarah pada tanggal 24 Mac 2010 Web Blog SKC telah dirasmikan oleh YB Tuan Zaiful Bahri b Idris. Keceriaan ini disambut oleh Adik Siti Nur Afini Roslan yang telah dianugerahkan Penerima Biasiswa Tan Sri Dr Rashdan Baba kerana memperolehi keputusan cemerlang UPSR 2010 dan merupakan tokoh Murid Cemerlang 2010

Adik Siti Nur Afini Menerima Sijil Anugerah Biasiswa dari YB Tuan Zaiful Bahri

Pasukan Dance SKC dibawah pengendalian Cik Ezlin













PELANCARAN WEB BLOG SEKOLAH





Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR 2009 dan Mesyuarat Agung PIBG ke 34 serta Pelancaran Web Blog SKC.

Tarikh : 24 mac 2010
Hari : Rabu
Masa : 2.30ptg
Tempat : Dewan Warisan SKC
Perasmian : YB Tuan ZaifulBahri b Idris
(ADUN Kawasan Chembong)

Web Blog ini telah dibina pada bulan Februari 2009. Administrator Web Blog ini adalah ustaz Raizalhisyam b Mohd Rais. Dengan wujudnya web Blog ini membawa SKC ke dunia tanpa sempadan serta mampu meluncur laju selaras dengan perkembangan semasa. Web Blog ini juga menjadi wadah perbincangan ibubapa, guru-guru dan murid-murid serta masyarakat setempat agar dapat bersama-sama memajukan serta membangunkan SKC. selamat melayari serta mendapat informasi serta berkongsi ilmu dalam web blog SKC.
www.skchembong3024.blogspot.com

MESYUARAT AGUNG PIBG


Kepada semua ibu bapa dan guru Sekolah Kebangsaan Chembong satu Mesyuarat Agung PIBG akan di adakan seperti dalam ketetapan berikut


Tarikh : 24 Mac 2010 / 8 Rabiulakhir 1431H
Hari : Rabu
Jam : 2.30 petang
Tempat : Dewan Warisan SK Chembong
Perasmi : YB Tuan Zaiful Bahri b Idris
Semua warga SKC dijemput hadir
Modus Operandi
1. Penyampaian Sijil Penghargaan kepada calon-calon cemerlang UPSR 2009
2. Pelancaran WEB Blog sekolah

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


12 MAC 2010 / 26 RABIUL AKHIR 1431 H
Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Chembong dengan kerjasama Kelas Agama Petang SK Chembong telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Program yang bertemakan “Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah” ini telah dimulakan dengan Perarakan Maulidur Rasul sejauh hampir 4KM pergi balik yang bermula dari Padang SKC, melalui Jalan Besar Seremban Tampin, masuk ke Rumah Rakyat Chembong dan kembali ke Padang Sekolah. Perarakan ini dipertandingkan di mana semua kelas perlu mematuhi kriteria pertandingan iaitu keseragaman, kreativiti, selawat dan suara dan disiplin. Kelas yang memenuhi kriteria dan memperoleh markah yang tinggi akan diisytiharkan menang. Pengerusi JK Pelaksana yang juga Ketua Panitia Pendidikan Islam Us Mohd Raizalhisyam bin Mohd Rais berkata buat julung-julung kalinya perarakan ini menglibatkan penglibatan ibu bapa yang mempunyai kesempatan untuk bersama-sama berarak. Alhamdulillah sambutan yang diberikan walaupun belum mencapai tahap yang diperlukan tetapi sambutan yang diberikan tidak mendukacitakan. Program sambutan ini telah diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul. Penceramah jemputan kali ini ialah al- Fadhil Ustaz Wan Termizi bin Wan Muhamad, Pensyarah dari UniKL. Tn Haji Ismail b Pilus selaku Guru Besar SK Chembong dalam ucapannya berkata amat berpuas hati dengan komitmen dan semangat yang ditunjukkan dalam perarakan dan diteruskan lagi dengan mendengar ceramah maulidur Rasul. Akhir sekali selepas pengumuman diberikan Johan Perarakan bagi Tahap 2 dimenangi oleh oleh kelas 6 Arif dan Johan Tahap 1 dimenangi oleh Kelas 3 Arif. Tahniah dan Syabas kepada semua pemenang




Buku Program (sila klik untuk besarkan)


UJIAN BULANAN MAC

SELAMAT PERIKSA KEPADA SEMUA WARGA MURID SKC