SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


12 MAC 2010 / 26 RABIUL AKHIR 1431 H
Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Chembong dengan kerjasama Kelas Agama Petang SK Chembong telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Program yang bertemakan “Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah” ini telah dimulakan dengan Perarakan Maulidur Rasul sejauh hampir 4KM pergi balik yang bermula dari Padang SKC, melalui Jalan Besar Seremban Tampin, masuk ke Rumah Rakyat Chembong dan kembali ke Padang Sekolah. Perarakan ini dipertandingkan di mana semua kelas perlu mematuhi kriteria pertandingan iaitu keseragaman, kreativiti, selawat dan suara dan disiplin. Kelas yang memenuhi kriteria dan memperoleh markah yang tinggi akan diisytiharkan menang. Pengerusi JK Pelaksana yang juga Ketua Panitia Pendidikan Islam Us Mohd Raizalhisyam bin Mohd Rais berkata buat julung-julung kalinya perarakan ini menglibatkan penglibatan ibu bapa yang mempunyai kesempatan untuk bersama-sama berarak. Alhamdulillah sambutan yang diberikan walaupun belum mencapai tahap yang diperlukan tetapi sambutan yang diberikan tidak mendukacitakan. Program sambutan ini telah diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul. Penceramah jemputan kali ini ialah al- Fadhil Ustaz Wan Termizi bin Wan Muhamad, Pensyarah dari UniKL. Tn Haji Ismail b Pilus selaku Guru Besar SK Chembong dalam ucapannya berkata amat berpuas hati dengan komitmen dan semangat yang ditunjukkan dalam perarakan dan diteruskan lagi dengan mendengar ceramah maulidur Rasul. Akhir sekali selepas pengumuman diberikan Johan Perarakan bagi Tahap 2 dimenangi oleh oleh kelas 6 Arif dan Johan Tahap 1 dimenangi oleh Kelas 3 Arif. Tahniah dan Syabas kepada semua pemenang




Buku Program (sila klik untuk besarkan)


No comments: