MEMANTAP UKHUWAH MEMPERKASA UMMAH


Seluruh Warga SKC mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431 H / 2010 M. Semoga sunnah Rasulullah kita dapat amalkan dalam kehidupan kita seharian. Dalam merealisasikan hasrat ini marilah kita sama-sama bergandingan untuk memantap ukhuwah kita demi memperkasakan ummah.Banyakkan berselawat

PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN

NAQIBAH, KETUA PENGAWAS SEKOLAH DIPAKAIKAN BLAZZER

MUHAMMAD ASYRAFF MENCIUM TANGAN GURU BESAR

KETUA PENGAWAS MENGETUAI PEMBACAAN IKRAR
Dewan Warisan (8 Feb 2010): Satu majlis penyampaian watikah Perlantikan Tauliah Pengawas dan Ikrar Pengawas telah diadakan yang dianjurkan oleh Badan Pengawas sekolah. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar Tn Haji Ismail bin Pilus. Guru Besar telah sudi menyarungkan Blazzer pengawas kepada Ketua Pengawas, Penolong Ketua Pengawas da ketua-ketua unit. Selepas itu majlis diteruskan dengan pembacaan ikrar perlantikan pengawas. Bacaan ikrar ini telah diketuai sendiri olek Ketua Pengawas Sekolah iaitu Naqibah binti Aminuddin Jafry. Semoga dengan adanya penyampaian watikah tauliah dan ikrar pengawas ini akan merangsang semua pengawas agar dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pengawas. Warga sekolah mengucapkan tahniah atas perlantikan ini dan diucapkan SELAMAT MENJALANKAN TUGAS dan jangan lupa TUNAIKAN AMANAH YANG DIBERIKAN DENGAN SEMPURNA







GURU BERTUGAS MINGGUAN

MINTA PERHATIAN. GURU BERTUGAS PADA MINGGU INI (8-12 FEBRUARI 2010) IALAH US MOHD RAIZALHISYAM BIN MOHD RAIS DAN EN KHUZAIRI BIN JOHARI. JIKA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG MASALAH DAN PERSOALAN BOLEH MERUJUK KEPADA GURU BERKENAAN. TERIMA KASIH

PILIHANRAYA JK TERTINGGI PENGAWAS

KETUA PENGAWAS SKC BAGI TAHUN 2010
MUHAMMAD ASYRAFF DI PILIH SEBAGAI PEN.KETUA PENGAWAS
SELEPAS PENGUNDIAN NAQIBAH MEMPEROLEHI 91 UNDI MAJORITI 15 UNDI


SUASANA PILIHANRAYA JK TERTINGGI BADAN PENGAWAS 2010

Makmal Bestari (4 Februari 2010)-Satu Pilihanraya JK Tertinggi Badan Pengawas telah diadakan di Makmal Bestari SKC. Seramai 275 Pengundi telah menunaikan tanggungjawab untuk mengundi bagi memilih Ketua Pengawas, Pen. Ketua Pengawas dan Ketua-ketua Unit. Seramai 5 orang calon telah dipilih. Mereka ialah Naqibah Binti Aminuddin Jafry, Amanda Natasha binti Shamsuddin, Nur Najihan binti Mohd Noh, Muhammad Nazmeer bin Ramli dan Muhammad Asyraff bin Sariffuddin.
Selepas selesai proses pengiraan ini, keputusannya adalah seperti berikut :-

1. Naqibah binti Aminuddin Jafry (91 Undi)
2. Muhammad Asyraff bin Sariffuddin (75 Undi)
3. Amanda Natasha binti Shamsuddin (63 Undi)
4. Muhammad Nazmeer bin Ramli (26 Undi)
5. Nur Najihan binti Mohd Noh (19 Undi)

Pengundi-pengundi terdiri daripada Staf Akademik, Kakitangan Sokongan dan Semua murid Tahap Dua. Pengumuman Keputusan Rasmi telah dibuat di dewan Warisan pada hari Jumaat iaitu selepas bacaan Yaasin. Dengan itu Naqibah binti Aminuddin Jafry telah dipilih sebagai Ketua Pengawas bagi tahun 2010. Tahniah kepada semua calon. SELAMAT MENJALANKAN TUGAS dan AMANAH yang diberikan.

PIMPINAN BARU KGKSKC



Salam. Kelab Guru dan kakitangan SKC telah bertukar pimpinan selepas satu mesyuarat agung telah dilaksanakan pada 4 Februari 2010. Selepas 2 tahun 2008-2010 di bawah pimpinan Cg Wali maka kali ini muka-muka baru telah dinaikkan sebagai tampuk pimpinan baru KGKSKC.
Bagi jawatan pengerusi Cg Alfian (Guru Bimbingan) telah dipilih untuk diberikan kepercayaan untuk meneruskan kegemilangan KGKSKC manakala Cg Badariah telah dipilih sebagai Naib Pengerusi. Bagi jawatan S/U KGKSKC disandang oleh Cg Cik Nor Shuhada dan Cg Nuraizila dan Bendahari di sandang oleh CG Nizuannudin.
Diharapkan pimpinan baru ini akan mengorak kecemerlangan dan kegemilangan kepada skc. TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS