KARNIVAL i-RIS

Karnival i-RIS (Ihya Ramadhan dan Hayati Islam) anjuran Panitia Pendidikan Islam dan jalinan kerjasama panitia akademik skc telah mula dijalankan minggu ini. Sepanjang Ramadhan ini pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya Tadarus al_quran,Solat Dhuha dan bacaan Yaasin dan tahlil arwah. Minggu ini juga bermula pertandingan Karnival i-RIS seperti Kuiz, Tilawah al-Quran, Hafazan, Azan, Spell it Arabic (Uzkur Billaghatil Arabiah) dan bercerita.
Semua pertandingan ini dijalankan secara sistem LIGA.
Hari ini jumaat 20 Ogos 2010 telah dijalankan pertandingan SPELL it Arabic dikalangan guru-guru. Sambutan guru-guru amat menggalakkan. Hampir semua guru mengambil bahagian. Seramai 15 orang guru telah berjaya ke peringkat separuh akhir dan berpeluang ke peringkat akhir 2 september nanti. Tahniah dan terima kasih atas kerjasama semua guru dalam menjayakan Karnival i-RIS. Minggu depan pertandingan akan diadakan lagi dan kesemua pertandingan akan dijalankan mengikut tempat dan masa yang ditetapkan.
Semoga Ramadhan ini memberi keberkatan dan kerahmatan kita semua. INDAHNYA RAMADHAN IMPIAN SOLIHIN

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2009

Pada 5 Ogos 2010 satu Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2009 telah di Dewan Besar Sekolah Menengah Sains Rembau. Ia dirasmikan oleh YB Dato' Dr. Hj Awaludin bin Said ADUN Kawasan Kota. Dalam majlis ini seramai 6 orang warga SKC telah dianugerahkan APC tahun 2009. Mereka ialah

a. Pn Nemis binti Ketot (GPK 1 - bersara Mei 2010) - APC dari SK Pedas
b. Pn Norlida binti Md Tasar (GPK Kokurikulum)- APC dari SK Pedas
c. Pn Asmah binti Md Zin - Guru Matematik (tiada dalam gambar (sakit mata))
d. Cik Nor Azura binti Yazid - Guru Pra Sekolah
e. Us Mohd Raizalhisyam bin Mohd Rais - Guru Pendidikan Islam / GPB
f. Pn Jamilah binti Abd Ghani - Pekerja Am Rendah

Tahniah dan syabas diberikan kepada semua penerima APC 2009. Syabas dan terima kasih juga diberikan kepada penerima-penerima APC 2008 yang sudi hadir untuk memberi sokongan kepada penerima APC tahun 2009. Antara yang hadir Cg Badariah, Cik Ezlin dan Unc Mohan.Kehadiran anda amat kami hargai dan sanjung serta pembakar semangat dan motivasi untuk terus berjaya dan cemerlang. Terima kasih diucapkan kepada Cik Ezlin yang bertindak sebagai Photographer. Sesungguhnya kenangan yang indah ini dapat digambarkan melalui DSLR Lensa kamera ezlin.

Selamat Maju Jaya dan semoga APC ini dapat memberi semangat dan impian untuk menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.

PRA UPSR PENENTU KECEMERLANGAN


Bermula 3-5 Ogos semua murid Tahun Enam menghadapi Peperiksaan Pra UPSR yang akan menentukan pencapaian sebenar murid-murid tahun enam. Seluruh warga SKC mendoakan kejayaan anda semua. SELAMAT MENJAWAB DAN TERUSKAN KECEMERLANGAN ANDA