Sesi bergambar




Aktiviti ini dijalankan pada 23 Mei 2011 bermula 9.00 pagi hingga 1.00 petang bertujuan mengemaskini semua maklumat yang berkaitan dengan perkhidmatan dan perjawatan.

Jururawat Pergigian di SKC









Jururawat pergigian menjalankan sesi penerangan dan demontrasi menjaga kebersihan gigi kepada murid-murid SK Chembong seperti berikut :

- 23 Mei 2011 : Murid Tahun 1 dan 2 (8.30 pagi - 10.00 pagi)
- 24 Mei 2011 : Murid Tahun 3 dan 4 (8.00 pagi - 10.00 pagi)
- 25 Mei 2011 : Murid Tahun 5 dan 6 (8.30 pagi - 10.00 pagi)

Warga SK Chembong mengucapkan terima kasih kepada jururawat bertugas.

Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja 2011

























Sambutan Hari Guru SK Chembong dan Hari Pekerja telah diadakan pada 16 Mei 2011 (Isnin). Terima kasih kepada pengerusi dan ahli jawatankuasa Kelab Keluarga Guru SKC kerana telah berjaya merancang dan melaksanakan aktiviti Hari Guru dengan jayanya.

Tahniah dan syabas.

" SELAMAT HARI GURU "
&
"SELAMAT HARI PEKERJA"




sila klik di sini untuk gambar seterusnya

Latihan Karate






Latihan seni mempertahankan diri Karate dijalankan pada setiap hari Ahad
bermula jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi.

Kaunter zakat di SKC




Kaunter zakat telah dibuka di SKC pada 13 Mei 2011 (Jumaat)
bermula jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi.

Tahniah kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan kerana memberi kemudahan
kepada warga SKC untuk menunaikan zakat.

Terima kasih kepada pegawai zakat yang bertugas iaitu
En. Azlan Bin Idris dan En. Sharizan Bin Mohd Aziz.

PEPERIKSAAN SEMESTER SATU 2011



PERTANDINGAN KAWAD KAKI UNIT BERUNIFORM DR



Laporan Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Daerah Rembau 2011

Anjuran : JK Teknikal Unit Beruniform Daerah Rembau

Tarikh : 10 Mei 2011

Tempat : Dataran Pasar Malam Rembau


Keputusan Pertandingan SKC


a. Naib Johan - Kategori Kawad Kaki SR (P)

b. Ketua Platun Terbaik SR (P) - Nuraliah Afiqah binti Sidek


Tahniah dan syabas kepada semua ahli pasukan Pandu Puteri Tunas


Jurulatih


a. Cik Ezlinirdayu bin Jailani

b. En Mohd Raizalhisyam bin Mohd Rais

c. En Afian bin Badrudin


MISI 2012 kita akan teruskan kegemilangan

Majlis Perpisahan pn. Salbiah & pn. Haslin

Pegawai yang dirai iaitu pn. Salbiah dan ustazah Haslin bersama
pn. Norlida (GPK HEM) serta en. Md Yazid (GPK1).

Antara guru-guru yang hadir.

En. Afian (pengerusi Kelab Keluarga SKC) bersama guru-guru dan JTK SKC.

Penyampaian hadiah dan cenderahati kepada ustazah Haslin.

Penyampaian hadiah dan cenderahati kepada pn. Salbiah.

Majlis ini telah diadakan pada 27 April 2011, jam 2.30 petang di
SMV Dato Haji Muhamad Sharip..

Semua warga SK Chembong mengucapkan

-SELAMAT BERTUGAS-

kepada pn. Salbiah dan ustazah Haslin.

Kursus Kepimpinan 2011






Kursus ini telah dijalankan pada 22 April 2011 (siri pertama) dan 29 April 2011 (siri kedua) bertempat di Dewan Warisan SK Chembong yang dikendalikan oleh guru bimbingan dan kaunseling iaitu en. Afian dan pn. Siti Asmah. Antara murid yang terlibat adalah pengawas sekolah, pengawas PSS, ketua kelas dan penolong ketua kelas.

Semoga kursus ini dapat memberi pendedahan tentang peranan dan tanggungjawab pemimpin kepada murid-murid.