PILIHANRAYA JK TERTINGGI PENGAWAS

KETUA PENGAWAS SKC BAGI TAHUN 2010
MUHAMMAD ASYRAFF DI PILIH SEBAGAI PEN.KETUA PENGAWAS
SELEPAS PENGUNDIAN NAQIBAH MEMPEROLEHI 91 UNDI MAJORITI 15 UNDI


SUASANA PILIHANRAYA JK TERTINGGI BADAN PENGAWAS 2010

Makmal Bestari (4 Februari 2010)-Satu Pilihanraya JK Tertinggi Badan Pengawas telah diadakan di Makmal Bestari SKC. Seramai 275 Pengundi telah menunaikan tanggungjawab untuk mengundi bagi memilih Ketua Pengawas, Pen. Ketua Pengawas dan Ketua-ketua Unit. Seramai 5 orang calon telah dipilih. Mereka ialah Naqibah Binti Aminuddin Jafry, Amanda Natasha binti Shamsuddin, Nur Najihan binti Mohd Noh, Muhammad Nazmeer bin Ramli dan Muhammad Asyraff bin Sariffuddin.
Selepas selesai proses pengiraan ini, keputusannya adalah seperti berikut :-

1. Naqibah binti Aminuddin Jafry (91 Undi)
2. Muhammad Asyraff bin Sariffuddin (75 Undi)
3. Amanda Natasha binti Shamsuddin (63 Undi)
4. Muhammad Nazmeer bin Ramli (26 Undi)
5. Nur Najihan binti Mohd Noh (19 Undi)

Pengundi-pengundi terdiri daripada Staf Akademik, Kakitangan Sokongan dan Semua murid Tahap Dua. Pengumuman Keputusan Rasmi telah dibuat di dewan Warisan pada hari Jumaat iaitu selepas bacaan Yaasin. Dengan itu Naqibah binti Aminuddin Jafry telah dipilih sebagai Ketua Pengawas bagi tahun 2010. Tahniah kepada semua calon. SELAMAT MENJALANKAN TUGAS dan AMANAH yang diberikan.

No comments: