CERAMAH H1N1

Dewan Warisan, 3 Julai 2009 : Satu ceramah mengenai penularan VIRUS H1N1 telah diadakan di dewan warisan SKC pagi ini. ia dihadiri oleh 3 orang kakitangan dari Pejabat Kesihatan Daerah bagi menerangkan mengenai penularan virus ini yang sehingga kini telah menjangkau hampir 300 orang. VIRUS ini ialah sejenis masalah pernafasan yang disebabkan virus influenza A dijangkiti babi. Ada banyak jenis virus dan jangkitannya sentiasa berubah. Ia sebelum ini tidak menjangkiti manusia, tetapi keadaan ketika ini membuktikan sebaliknya dan mudah tersebar di antara manusia, dipercayai menerusi batuk dan bersin. Ia juga jenis baru virus H1N1 yang turut menyebabkan wabak besar-besaran demam selesema pada 1918. Rawatan yang ada setakat ini berkesan, tetapi ia tidak mempunyai sebarang vaksin. Biarpun H1N1 ialah jenis sama yang menyebabkan jangkitan demam selesema di kalangan manusia, tetapi versi terbaru virus ini amat berbeza. Ia mengandungi bahan genetik yang lazimnya ditemui dalam virus yang dijangkiti manusia, unggas dan babi. Virus demam selesema mampu menukar komponen genetik di antara satu sama lain. Versi baru jenis virus H1N1 itu hasil campuran beberapa versi virus berkenaan di dalam ‘induk’ haiwan yang sama. Babi misalnya, disifatkan lubuk paling sesuai bagi membolehkan virus ini saling bergabung. Biarpun virus ini lazimnya menular pada musim luruh dan sejuk, ia juga boleh merebak sepanjang tahun. Mereka yang mempunyai simptom atau gejala demam selesema atau ada kemungkinan terdedah kepada virus selesema babi, perlu mendapatkan rawatan perubatan termasuk segera ke hospital. Apa yang perlu dilakukan sekaran ialah agar MENJAGA KEBERSIHAN DIRI DAN TEMPAT DENGAN LEBIH KERAP.

No comments: