DEMAM PEPERIKSAAN BERMULA...


Suasana di dalam dewan peperiksaan (CANANG 1) tahun enam


Tumpuan murid-murid semasa menjawab soalan peperiksaan

11 MEI 2009 - Demam peperiksaan telah bermula. Murid-murid SKC bersedia untuk menjawab semua soalan peperiksaan. Kita semua mesti INGAT bahawa ni baru ujian di dunia, ujian di akhirat pasti lebih mencabar. ADAKAH ANDA TELAH BERSEDIA ? maka bak kata Nabil (Raja Lawak musim ke 2) fikirkanlah sendiri. Semua warga SKC mengucapkan selamat menduduki peperiksaan semoga anda beroleh kejayaan yang cemerlang

Blogmaster

SELAMAT HARI IBU


Assalamualaikum. Siapalah kita di atas dunia tanpa adanya ibu. Ibu yang telah banyak mengorbankan segala-galanya buat anak tercinta. Ibu sangat mengorbankan nyawanya semata-mata untuk melihat anaknya lahir ke dunia. HARGAILAH dan SAYANGILAH ibu anda semua. INGATLAH sesungguhnya SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU.

hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu

TAHNIAH DAN SYABAS




GURU BESAR MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA PEMAIN BOLA TAMPAR DAN BOLA BALING YANG MEWAKILI SEKOLAH KE PERINGKAT DAERAH DAN NEGERI





Pasukan Bola Baling SK Chembong telah menempa kejayaan dengan menjadi Johan dalam Kejohanan Bola Baling MSSMDR. Beberapa orang pemain telah mewakili daerah ke peringkat negeri. Seramai empat orang pemain bola tampar SK Chembong telah mewakili daerah ke Kejohanan Bola Tampar MSSMNS dan telah berjaya merangkul tempat ketiga. TAHNIAH DAN SYABAS DAN TERUSKAN KECEMERLANGAN ANDA

SALAM TAHNIAH

ASSALAMUALAIKUM...

Majlis Sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan 2008 dan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 33, telah berlangsung 30 April 2009. Di dalam majlis ini seramai seramai 18 orang bekas murid skc yang telah mendapat keputusan 5A dan 4A 1B dalam UPSR 2008 telah menerima hadiah dan sumbangan di atas kejayaan mengharumkan nama sekolah. Di samping itu, penyampaian beberapa anugerah murid. Bagi Tokoh Murid SKC 2008 anugerah di berikan kepada adik Nurasyikin b Fadzil (gambar atas). Murid ini juga telah menerima Tokoh Akademik 2008. Bagi Anugerah Tokoh Kepimpinan, dianugerahkan kepada adik Muhamad Nazreen b Ramli dan Tokoh Kokurikulum kepada adik Muhamad Afiq b Ahmad Shuaimi. Warga SKC mengucapkan tahniah atas kejayaan anda.


Ucapan tahniah juga diberikan kepada barisan baru Kepimpinan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKC bagi tempoh 2009 - 2011. Sekali lagi En Md Salam b Sarip telah terpilih untuk menjadi Yang diPertua PIBG SK Chembong. Berikut adalah senarai nama lantikan baru :

Yang diPertua : En Md Salam b Sarip
Naib Yang diPertua : Pn Hanizah binti Satin

Ahli Jawatankuasa (Ibu bapa/penjaga)

1. Pn Rosnani binti Abd Rahman
2. Pn Normala binti Abd Hamid
3. En Ramli b Mohd Awal
4. Pn Rosmawani binti Ishak
5. En Mustamam
6. Pn Normah binti Harun

Pemeriksa Kira-kira

1. Pn Samsiah binti Musa
2. Pn Suliza binti Abd Jalil

TANHIAH dan SELAMAT MENJALANKAN AMANAH

Webmaster