TERIMA KASIH DAUN KELADI


Baru-baru ini SKC telah menerima satu berita bahawa salah seorang kakitangan akademiknya akan berpindah ke sekolah baru. Beliau yang dimaksudkan adalah PN Norhayati binti Yahaya. Beliau merupakan seorang Guru Bimbingan Sekolah yang telah berkhidmat hampir 5 tahun di SKC. Beliau akan mengajar di sekolah baru iaitu SK Masjid Tanah Melaka. Semoga akan berkhidmat dengan cemerlang disekolah baru nanti. Kami warga SKC mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan di atas segala sumbang bakti kepada seluruh peningkatan, motivasi, terutamanya warga murid SKC. Jangan lupa SKC ye..n semoga selamat melahirkan anak tahun depan nanti...

KEPUTUSAN UPSR 2009





Keputusan UPSR telah diumumkan. Secara keseluruhannya prestasi UPSR 2009 meningkat berbanding tahun 2008. Bagi SKC keputusan yang diterima telah menunjukkan penurunan berbanding yang lepas. Gred Purata Sekolah (GPS) telah menurun dari 2.17 bagi tahun 2008 kepada 2.25 bagi tahun ini. Mata Pelajaran Sains telah menunjukkan peningkatan kerana peratus kelulusan murid meningkat berbanding yang lepas. Apa-apa pun tahniah dan syabas kepada 7 orang murid yang telah memperolehi keputusan 5A dan seramai 9 orang memperolehi keputusan 4A 1B. Tahniah, syabas dan terima kasih juga diberikan kepada barisan guru-guru tahun enam amnya dan warga pendidik dan warga SKC khasnya atas keputusan yang diperolehi ini.

UPSR 09 - BUKTIKAN KECEMERLANGAN

JANGAN LUPA BERZAKAT FITRAH



Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum.” (Hadis Riwayat Imam Muslim, no. 935, Jilid 2, halaman 169) .

kadar zakat RM5 - RM8
Apabila di sebut Ramadan, maka ia amat sinonim dengan zakat fitrah. Di dalam Islam, di samping zakat harta maka semua umat Islam yang layak diwajibkan zakat fitrah. Zakat fitrah dikenakan kepada semua umat Islam, sama ada merdeka mahu pun hamba sahaya.

Kadar zakat fitrah pula ialah sekadar segantang Baghdad yang dikenakan berdasarkan makanan asasi. Jika di Malaysia, beraslah zakat fitrahnya. Segantang Baghdad itu pula menyamai 2.7 kg. Maka, darablah harga beras semasa dengan 2.7 kg bagi mendapatkan kadar zakat fitrah.

Kadar Zakat Fitrah yang telah ditetapkan bagi tahun 2009 / 1430H adalah seperti beikut :

Kuala Lumpur : Belum diumumkan (2008 : RM 5.20)
Labuan : Belum diumumkan (2008 : RM 5.20)
Putrajaya : Belum diumumkan (2008 : RM 5.20)
Johor : RM 5.00 / RM 7.50
Kedah : RM7.00
Kelantan : Belum diumumkan (2008 : RM 7.60)
Melaka : RM6.30
N.Sembilan : RM6.50
Pahang : RM7.00
Perak : RM7.00
Perlis : RM 6.00
P.Pinang : RM 7.00
Sabah : RM 6.60
Sarawak : RM 6.00
Selangor : RM 7.00
Terengganu : RM 5.00 / RM7.00 / RM8.00

Di dalam memastikan umat Islam khususnya golongan fakir dan miskin turut merasai nikmat hari raya inilah, maka zakat fitrah diwajibkan. Ia bertujuan memberikan mereka makanan yang cukup. Bahkan dalam konteks hari ini, fakir miskin bukan sahaja diberikan makanan bahkan wang ringgit. Maka, dapatlah mereka membeli keperluan hari raya dengan wang ringgit tersebut.

Ibnu Abbas menyatakan: “Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Sumber : Blog Zakat dan BERNAMA