WAJAH-WAJAH BARU DI SKC

SKC telah menerima seramai 3 warga baru dalam bulan Julai ini. Mereka terdiri daripada 2 orang guru dan seorang pekerja. Warga kerja baru dikalangan guru ialah Cg Badrul Hisyam yang berpindah dari Melaka, pengkhususan dalam PPKI manakala seorang lagi Cg Azman yang merupakan guru Muzik yang berpusat di SKC beredar ke SK Kundur. Dengan kemasukan kedua-dua orang guru ini menambahkan lagi bilangan guru lelaki di SKC iaitu seramai 13 orang. Alhamdulillah. Cg Azman sejak masuk ke SKC sering menjadi igauan "ngeri" kepada murid-murid SKC kerana riak wajahnya yang agak garang. Tetapi sebenarnya pada pengetahuan blogmaster yang memang kenal dengan cg Azman ini, beliau merupakan guru yang tegas dalam pengajarannya dan seorang yang baik hati. Kenapa tak percaya ke ? Cg Badrul dengan hadirnya ke SKC memberi sinar baru di kelas PPKI kerana sebelum ini hanya ada 2 orang guru perempuan sahaja dan seorang PPM.Ini memberi kelegaan dan insya Allah PPKI akan lebih ceria dengan kehadiran cikgu.
SKC juga telah mendapat seorang Pekerja Am Rendah baru yang bertukar dari SJKC Pei Teck Kota iaitu Unc Kumar. PAR baru ini menggantikan Unc Sundram yang telah berpencen pada tahun lepas. Pada pengamatan blogmaster Unc Kumar ini seorang yang sangat rajin bekerja. Dengan adanya Unc Kumar akan menjadikan SKC lebih ceria dan Indah dibantu oleh pekerja-pekerja lain Cik Wan, Kak Ani dan Kak Laili.
Seluruh WARGA SKC mengucapkan selamat datang ke SKC, Sekolah Indah dan Ceria dan ingatlah Bestarinya Sekolahku.

MAAF ATAS KELEWATAN SELENGGARA

Blogmaster selaku Ketua Kontinjen bergambar bersama dengan Tan Sri KPPM dan Pengarah JPN Pulau Pinang bersama kontinjen N.Sembilan di Jambori Persahabatan Antarabangsa 2010 di Kem Mutiara Bukit Mertajam Pulau Pinang

Blogmaster bergambar bersama dengan pemimpin kontinjen Brunei Darul Salam

Salam. bertemu kembali. web blog master kembali untuk mengaktifkan semula paparan terkini. Saya ingin memohon kemaafan kerana kelewatan ini mungkin atas kesibukan yang saya hadapi sebelum ini. Hampir sebulan lebih paparan di blog ini tidak di updatekan. Insya Allah berkat sokongan dan kerjasama semua insya Allah paparan blog ini akan cuba di kemaskini sekerap mungkin.
Dalam perancangan blogmaster, ada 2 benda baru yang akan dimasukkan iaitu ruang alumni skc dan pengwujudan facebook skc. Jika ada sebarang cadangan dan penambahbaikan serta bantuan teknikal saya sangat amat alu-alukan. Anda boleh hubungi saya melalui email mrhisyam8278@yahoo.com / mrhisyam8278@gmail.com.

KURSUS LDP 1 - SISTEM FAIL


Ceramah yang disampaikan oleh En Mat Rodzi b Kadir, Penyelia Pembangunan PPD Rembau

11 Mei 2010 (MAKBES)-Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kali 1 telah diadakan di Makmal Bestari SK Chembong. Ceramah LDP ini telah disampaikan oleh En Mat Rodhi b Kadir, Penyelia Pembangunan PPD Rembau. Tajuk yang disampaikan mengenai Sistem Fail. Semoga kursus ini memberi kefahaman kepada semua staf SKC untuk memastikan sistem FAIL dibuat dengan betul dan tersusun. TAHNIAH atas kerjasama semua warga SKC. Esok akan diadakan pula LDP mengenai tajuk Headcount.



PROGRAM SIRAMAN ROHANI

Tuan GB menyampaikan cenderahati kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Rembau

Bergambar kenangan dengan warga BOMBA

7 Mei 2010 - Satu Program Siraman Rohani telah diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Chembong tepat jam 8.30 pagi. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Rembau. Majlis dimulakan dengan bacaan Niat Mandi Wajib yang dipimpin oleh Us Che Zulkifli b Che Mohamad. Program ini adalah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan JK Kecemerlangan Tahuna Enam 2010. Semoga dengan adanya program ini memberi peluang kepada semua murid tentang betapa pentingnya kesucian ini untuk melakukan ibadah kepada Allah terutamanya dalam tuntutan menuntut ilmu. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Keseronokan jelas terpancar