SELAMAT DATANG DELEGASI PPD REMBAU

Warga SK Chembong mengalu-alukan kehadiran delegasi PPD Rembau pada 20 April 2010. Semoga dengan kehadiran yang bakal diketuai oleh Y.Bhg. Datin Hjh Naemah binti Ahmad Dahalan, Pegawai Pelajaran Daerah dan ahli rombongan memberi sinar kejayaan SKC yang berterusan. Semoga selesa, ceria dan gembira berada di sini.

MENANG BERGAYA ATLET SKC 2010

Hari ini 8 April 2010 SKC telah berjaya merangkul kejayaan yang cemerlang dalam Kejohanan Olahraga Pejabat Pelajaran Daerah Rembau kali ke 40 di Padang SMK Undang Rembau. Walaupun tidak diisytiharkan sebagai pemenang keseluruhan, dengan semangat yang begitu kental atlet-atlet skc mereka sebenarnya telah menjadi Juara di atas memperolehi pungutan pingat yang terbanyak bagi keseluruhan sekolah-sekolah Kebangsaan yang mengambil bahagian.

Semangat kental dan keyakinan yang tinggi ini ditambah lagi dengan kejituan dan kesungguhan yang diberikan oleh pengurus pasukan dan barisan jurulatih serta pentadbiran skc yang senantiasa memberi semangat dan motivasi yang berpanjangan kepada atlet-atlet skc. Dalam kejohanan kali ini banyak berlaku kontreversi yang melibatkan atlet skc bermula dari hari pertama di mana pasukan 'relay' 4x100 lelaki telah dibatalkan kemenangannya di peringkat saringan dan ditambah lagi dengan pembatalan yang dibuat untuk pasukan relay 4 x 100 perempuan atas kesalahan teknikal. Tetapi atas semangat keberanian dan mempertahankan HAK, pengurus dan jurulatih skc sanggup mengeluarkan RM 200 untuk membuat bantahan dan akhirnya kemenangan telah diperolehi di pihak skc. Hari ini juga berlaku kontraversi yang sama untuk pasukan relay 4 x 200 perempuan. Walaupun bantahan ingin dibuat tetapi hasrat itu berkubur sahaja.

Di sini bolgmaster mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada atlet-atlet SKC yang telah berjuang bermatian-matian untuk kejayaan SKC. Sekalung penghargaan, tahniah dan 'marvelous' diberikan kepada pengurus dan semua jurulatih terutama ditujukan khas untuk CG NASIR. CG WALI, CG ITA, CG ZITA, CG NORLIDA GPK KOKU, CG YAZID GPK HEM, CG PIAN, US HISYAM N IZWAN JURUTEKNIK KOMPUTER yang sentiasa bersama-sama untuk memastikan kemenangan yang cemerlang. Kepada semua pihak yang memberi perangsang yang tidak berbelah bagi kami sangat-sangat berterima kasih.
Inilah barisan pingat yang diperolehi

EMAS : 4 PERAK : 6 GANGSA : 1


TAHNIAH DAN MARVELOUS





Barisan pemenang yang menerima medal. tahniah dan syabas

MTAQ DAERAH REMBAU 2010

Amanda johan peserta bercerita SR (P) membuat persembahan di hadapan VVIP

Gaya yang diberikan dalam persembahan sangat menarik

25 Mac 2010 (SEMENDA)- Majlis Tilawah al-Quran (MTAQ) peringkat Daerah Rembau bagi tahun 2010 telah di adakan di SMK Dato' Abdullah Astana Raja Rembau. SKC telah menghantar seramai 5 orang murid sebagai peserta MTAQ yang bertanding dalam pertandingan Tilawah al-Quran SR (lelaki & Perempuan), Hafazan (Perempuan) dan Bercerita SR (Lelaki & Perempuan).Seramai hampir 23 orang peserta dari pelbagai sekolah yang telah menyertai MTAQ kali ini.
Alhamdulillah bagi tahun ini pencapaian peserta MTAQ dari SKC sangat memberangsangkan. Berikut keputusan dan Kedudukan peserta MTAQ :
a. Amanda Natasha binti Shamsuddin (6A) - Johan Bercerita SR (Perempuan)
b. Naqibah binti Aminuddin Jafry (6A) - Naib Johan Hafazan SR (Perempuan)
c. Mohamad Faris Danial b Mazhanash (4A) - Tempat Keempat Bercerita SR (Lelaki)
d. Muhammad Syakir b Suarel (5A) - Tempat keenam Tilawah SR (Lelaki)
e. Nor Shuhadah binti Ahmad (5A) - Tempat 12 Tilawah SR (Perempuan)
TAHNIAH dan syabas diucapkan kepada semua peserta. Tidak lupa juga kepada Guru Pengiring Ustazah Norizah Ali dan Ustazah Asmah serta jurulatih-jurulatih yang telah melatih murid-murid ini hingga mencapai kejayaan yang sangat memberangsangkan. Semoga kejayaan ini dapat diteruskan dan kecemerlangan berkekalan. Amanda NAtasha akan meneruskan cabaran ini ke peringkat Negeri yang diadakan pada 10 April 2010 di SMK Bukit Jalor.

Piala Pusingan yang diterima

Amanda dan Naqibah bersama hadiah masing-masing

Amanda menerima hadiah dari Y.Bhg Datin Hjh Naemah PPD Rembau



INDAH CERIA...SKC


Hari ini tercipta sejarah pada tanggal 24 Mac 2010 Web Blog SKC telah dirasmikan oleh YB Tuan Zaiful Bahri b Idris. Keceriaan ini disambut oleh Adik Siti Nur Afini Roslan yang telah dianugerahkan Penerima Biasiswa Tan Sri Dr Rashdan Baba kerana memperolehi keputusan cemerlang UPSR 2010 dan merupakan tokoh Murid Cemerlang 2010

Adik Siti Nur Afini Menerima Sijil Anugerah Biasiswa dari YB Tuan Zaiful Bahri

Pasukan Dance SKC dibawah pengendalian Cik Ezlin