KURSUS LDP 1 - SISTEM FAIL


Ceramah yang disampaikan oleh En Mat Rodzi b Kadir, Penyelia Pembangunan PPD Rembau

11 Mei 2010 (MAKBES)-Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kali 1 telah diadakan di Makmal Bestari SK Chembong. Ceramah LDP ini telah disampaikan oleh En Mat Rodhi b Kadir, Penyelia Pembangunan PPD Rembau. Tajuk yang disampaikan mengenai Sistem Fail. Semoga kursus ini memberi kefahaman kepada semua staf SKC untuk memastikan sistem FAIL dibuat dengan betul dan tersusun. TAHNIAH atas kerjasama semua warga SKC. Esok akan diadakan pula LDP mengenai tajuk Headcount.



PROGRAM SIRAMAN ROHANI

Tuan GB menyampaikan cenderahati kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Rembau

Bergambar kenangan dengan warga BOMBA

7 Mei 2010 - Satu Program Siraman Rohani telah diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Chembong tepat jam 8.30 pagi. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Rembau. Majlis dimulakan dengan bacaan Niat Mandi Wajib yang dipimpin oleh Us Che Zulkifli b Che Mohamad. Program ini adalah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan JK Kecemerlangan Tahuna Enam 2010. Semoga dengan adanya program ini memberi peluang kepada semua murid tentang betapa pentingnya kesucian ini untuk melakukan ibadah kepada Allah terutamanya dalam tuntutan menuntut ilmu. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Keseronokan jelas terpancar

SELAMAT DATANG DELEGASI PPD REMBAU

Warga SK Chembong mengalu-alukan kehadiran delegasi PPD Rembau pada 20 April 2010. Semoga dengan kehadiran yang bakal diketuai oleh Y.Bhg. Datin Hjh Naemah binti Ahmad Dahalan, Pegawai Pelajaran Daerah dan ahli rombongan memberi sinar kejayaan SKC yang berterusan. Semoga selesa, ceria dan gembira berada di sini.

MENANG BERGAYA ATLET SKC 2010

Hari ini 8 April 2010 SKC telah berjaya merangkul kejayaan yang cemerlang dalam Kejohanan Olahraga Pejabat Pelajaran Daerah Rembau kali ke 40 di Padang SMK Undang Rembau. Walaupun tidak diisytiharkan sebagai pemenang keseluruhan, dengan semangat yang begitu kental atlet-atlet skc mereka sebenarnya telah menjadi Juara di atas memperolehi pungutan pingat yang terbanyak bagi keseluruhan sekolah-sekolah Kebangsaan yang mengambil bahagian.

Semangat kental dan keyakinan yang tinggi ini ditambah lagi dengan kejituan dan kesungguhan yang diberikan oleh pengurus pasukan dan barisan jurulatih serta pentadbiran skc yang senantiasa memberi semangat dan motivasi yang berpanjangan kepada atlet-atlet skc. Dalam kejohanan kali ini banyak berlaku kontreversi yang melibatkan atlet skc bermula dari hari pertama di mana pasukan 'relay' 4x100 lelaki telah dibatalkan kemenangannya di peringkat saringan dan ditambah lagi dengan pembatalan yang dibuat untuk pasukan relay 4 x 100 perempuan atas kesalahan teknikal. Tetapi atas semangat keberanian dan mempertahankan HAK, pengurus dan jurulatih skc sanggup mengeluarkan RM 200 untuk membuat bantahan dan akhirnya kemenangan telah diperolehi di pihak skc. Hari ini juga berlaku kontraversi yang sama untuk pasukan relay 4 x 200 perempuan. Walaupun bantahan ingin dibuat tetapi hasrat itu berkubur sahaja.

Di sini bolgmaster mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada atlet-atlet SKC yang telah berjuang bermatian-matian untuk kejayaan SKC. Sekalung penghargaan, tahniah dan 'marvelous' diberikan kepada pengurus dan semua jurulatih terutama ditujukan khas untuk CG NASIR. CG WALI, CG ITA, CG ZITA, CG NORLIDA GPK KOKU, CG YAZID GPK HEM, CG PIAN, US HISYAM N IZWAN JURUTEKNIK KOMPUTER yang sentiasa bersama-sama untuk memastikan kemenangan yang cemerlang. Kepada semua pihak yang memberi perangsang yang tidak berbelah bagi kami sangat-sangat berterima kasih.
Inilah barisan pingat yang diperolehi

EMAS : 4 PERAK : 6 GANGSA : 1


TAHNIAH DAN MARVELOUS





Barisan pemenang yang menerima medal. tahniah dan syabas