Guru Penyelaras Bestari sedang mengendalikan pengisian data SSQS
MAKBES : Pada 20 dan 21 Julai 2010 telah diadakan Pengisian Data SSQS. Semua guru dan murid telah memberikan kerjasama yang sangat baik untuk melaksanakan projek hingga sekarang 98% data SSQS telah dilengkapkan. Tinggal 2 orang responden lagi iaitu pentadbir dan GPB yang belum mengisi dan insya allah data ini akan sempurna menjelang minggu hadapan. Sepanjang proses pengisian data yang setahun sekali di adakan pelbagai ragam dan gelagat yang dapat dilihat dan masing-masing teruja untuk mengisi data. Ini kerana SKC bermatlamat untuk mencapai status 5 bintang pada tahun ini di mana pada tahun 2009 SKC telah memperolehi status 4 bintang.
Responden dikalangan guru dan murid teruja mengisi data SSQS di MAKBES
Seperkara lagi SKC juga berbangga dengan pencapaian dan penghayatan ICT dikalangan warga SKC. Hampir 99.9 % mempunyai minat dan penghayatan yang sangat tinggi kepada penggunaan ICT bukan sahaja untuk proses pengajaran dan pembelajaran tetapi ruang sembang sosial seperti facebook telah menjadi kegilaan dikalangan guru dan murid. Ini menunjukkan minat yang sangat mendalam kepada ICT. Jangan tak percaya cg Nasir yang dahulunya, menurut katanya dia tidak pernah menggunakan komputer di sekolah lamanya, tetapi di SKC kerana pembudayaan ICT cukup tinggi telah menyebabkan CG Nasir antara individu yang menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan. Jangan tak tahu, Cg Nasir dah ada facebook sekarang. TAHNIAH kepada cg Nasir dan skc amat bangga dengan perkembangan anda. Teruskan usaha untuk mengICTkan diri anda kerana cg berada di Bestarinya Sekolahku.
No comments:
Post a Comment