PENYERAHAN SLIP CANANG 2

Penyerahan slip keputusan Canang 2 kepada murid-murid yang mendapat 5A oleh tuan Guru Besar dan GPK HEM

Pada 26 Julai 2010, JK Kecemerlangan Tahun 6 telah mengadakan satu Majlis penyerahan Slip Keputusan Canang 2 yang di adakan di dewan Warisan semasa perhimpunan rasmi sekolah. Pada canang 2 kali ini seramai 5 orang murid yang telah mendapat keputusan 5A. Mereka ialah

1. Naqibah binti Haji Aminuddin Jafry
2. Amanda Natsya binti Shamsudin
3. Nur Khairunisa binti Kamarul
4. A'tiqah binti Zulkifli
5. Muhammad Alif Danial bin Zulhisham

Keseluruhan keputusan kali menunjukkan ada peningkatan dari canang 1 yang menyaksikan GPS sekolah meningkat ke 2.49 berbanding 2.85 pada canang 1. Ini semua berkat doa dan hasil kerjasama jitu dikalangan pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid tahun 6. Dengan keputusan ini juga menyaksikan seramai 4 orang telah mendapat 4A 1B dan seramai 3 orang memperolehi keputusan 3A 2B.

Semoga keputusan yang memberangsangkan ini memberi satu semangat dan motivasi yang kuat kepada calon-calon UPSR 2010 untuk mendapat keputusan yang lebih baik semasa Pra-UPSR dan UPSR sebenar. Di tambah lagi dengan intensif yang diberikan kepada mereka yang lulus dalam canang 2 ini. Jangan lupa tingkatkan usaha, banyakkan berdoa, Jangan tinggalkan solat dan Ingat Allah selalu.

Tahniah,syabas dan terima kasih kepada semua murid, semua guru, kakitangan sekolah, ibu bapa yang sentiasa memberi dorongan kepada calon-calon UPSR 2010. ACCESS, AMPLIFY, ANCHOR.......

Hadiah Iringan, slip keputusan dan wang intensif untuk murid-murid yang lulus dalam Canang 2

No comments: