Pada 27 dan 28 Julai 2010, satu perjumpaan 3 penjuru antara guru, ibu bapa dan murid ELIT dan HARLUS UPSR 2010 telah diadakan di Makmal Bestari. Selama hampir sejam setengah perjumpaan ini di adakan. Kehadiran ibu bapa penjaga murid elit dan harlus sangat memberangsangkan.
Antara pengisian yang dilaksanakan semasa perjumpaan ini ialah sesi taklimat Ujian Canang 1 dan 2, penerangan tips atau penekanan yang perlu diberi perhatian oleh guru-guru mata pelajaran, sesi santapan rohani dan rumusan. Secara keseluruhannya perjumpaan ini berjalan dengan baik. Pihak sekolah sangat-sangat mengharapkan kerjasama dan keprihatinan ibu bapa penjaga terhadap murid-murid calon UPSR 2010 ini memandangkan tempoh peperiksaan makin hampir. Minggu depan iaitu pada 3, 4 dan 5 Ogos PRA-UPSR akan diadakan dan selepas cuti Hari Raya UPSR sebenar akan menjelma iaitu pada 21-23 September 2010.
Justeru itu semua pihak seharusnya mengembeleng bersama-sama agar dapat merealisasikan impian untuk memastikan lebih 15 orang calon mendapat keputusan 5A. Amin... KLIK PADA VIEW ALL IMAGE untuk melihat paparan video
MENGHITUNG HARI
KALENDAR HARI

HIJRIAH
SEKOLAHKU
PAUTAN PELAJARAN
PAUTAN SAHABAT
PAUTAN UNIVERSITI
AKHBAR ONLINE
PENCAPAIAN SEKOLAH
PAPARAN LEPAS
RELAX
VIDEO PILIHAN
PELAWAT
KOMEN
CARI TETAMU
MASA
ASMA'UL HUSNA

TERKINI
MARI KITA BERSOLAT
AL-QURAN
ONLINE RADIO
STAF SKC
JOM BORAK
MUAT TURUN
BERITA KPM
AKHBAR HARI INI

No comments:
Post a Comment