Showing posts with label guru. Show all posts
Showing posts with label guru. Show all posts

SELAMAT HARI GURU

Wajah-wajah guru yang dilantik Sekitar suasana semasa LDP 16 Mei 2009


16 Mei 2009 - SELAMAT HARI GURU buat semua warga PENDIDIK seluruh negara. Sempena Hari Guru ini satu Kursus LDP telah dianjurkan. Tanpa memikirkan hari cuti dan bersemangat sempena hari guru ini hampir semua kakitangan akademik menghadirinya. Beberapa perbentangan kertas projek telah dilaksanakan seperti pengurusan diri, Kajian Kualitatif, Projek Engeneering, Kursus Muzik dan Pengurusan STREES.
Pada hari ini juga telah diumumkan beberapa jawatan hangat yang sangat-sangat dinantikan. Antaranya jawatan guru bestari, bendahari PIBG dan lantikan AJK PIBG bagi sesi 2009/2011. Tahniah diucapkan kepada yang dilantik. Semoga amanah diberikan dapat dilaksanakan sebaik mungkin. TAHNIAH...

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

BULETIN HARI GURU 2009 KELUARAN 1

BUKU PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU 18 MEI 2009

13 Mei 2009 - Tinggal beberapa hari lagi semua warga GURU , PENDIDIK seluruh negara akan menyambut hari GURU. TEMA hari Guru tahun ini ialah GURU PEMBINA NEGARA BANGSA. sehubungan dengan itu pelbagai aktiviti telah di atur untuk meraikan guru-guru di Malaysia. Terengganu akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan. Ia akan dimulakan dengan acara Festival Hari Guru 2009 yang diadakan di Pulau Wan Man (dekat dengan Masjid Kristal). WARGA SKC akan menyambut detik yang gemilang ini pada 18 MEI 2009. semoga meraikannya dengan penuh kesyukuran. SELAMAT HARI GURU...

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


Sasterawan Negara Allahyarham Datuk Usman Awang dalam sajaknya yang terkenal ”Guru Oh Guru’’, menyatakan “jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa, jika hari ini seorang raja menaiki takhta, jika hari ini seorang peguam menang bicara, sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.”

Sajak ini membuktikan bahawa betapa besar dan pentingnya peranan guru kepada agama, bangsa dan negara. Tugas dan peranan guru tidaklah terhad di dalam bilik darjah semata-mata malahan lebih luas daripada itu. Guru merupakan arkitek bangsa dan agen utama perubahan masyarakat.

Tugas guru yang maha berat adalah bagi melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segenap aspek. Guru perlu menerapkan segala ilmu, kemahiran serta nilai-nilai murni ke dalam jiwa para pelajar. Guru juga perlu membimbing anak-anak didiknya agar menjadi modal insan kelas pertama yang mampu hidup sejahtera dan dapat pula menumbangkan khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara.

Maju atau mundurnya sesuatu bangsa dan sesebuah negara amat bergantung kepada sumbangan dan peranan guru. Peribahasa ada menyatakan “kalau guru kencing berdiri, murid kencing berlari.’’ Guru menjadi suri teladan yang utama kepada anak-anak didiknya. Generasi pelajar hari ini yang akan menjadi pemimpin pada masa depan akan dicorakkan oleh guru. Kesimpulannya adalah tepat sekiranya dikatakan guru ialah PEMBINA NEGARA BANGSA