ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2009

Pada 5 Ogos 2010 satu Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2009 telah di Dewan Besar Sekolah Menengah Sains Rembau. Ia dirasmikan oleh YB Dato' Dr. Hj Awaludin bin Said ADUN Kawasan Kota. Dalam majlis ini seramai 6 orang warga SKC telah dianugerahkan APC tahun 2009. Mereka ialah

a. Pn Nemis binti Ketot (GPK 1 - bersara Mei 2010) - APC dari SK Pedas
b. Pn Norlida binti Md Tasar (GPK Kokurikulum)- APC dari SK Pedas
c. Pn Asmah binti Md Zin - Guru Matematik (tiada dalam gambar (sakit mata))
d. Cik Nor Azura binti Yazid - Guru Pra Sekolah
e. Us Mohd Raizalhisyam bin Mohd Rais - Guru Pendidikan Islam / GPB
f. Pn Jamilah binti Abd Ghani - Pekerja Am Rendah

Tahniah dan syabas diberikan kepada semua penerima APC 2009. Syabas dan terima kasih juga diberikan kepada penerima-penerima APC 2008 yang sudi hadir untuk memberi sokongan kepada penerima APC tahun 2009. Antara yang hadir Cg Badariah, Cik Ezlin dan Unc Mohan.Kehadiran anda amat kami hargai dan sanjung serta pembakar semangat dan motivasi untuk terus berjaya dan cemerlang. Terima kasih diucapkan kepada Cik Ezlin yang bertindak sebagai Photographer. Sesungguhnya kenangan yang indah ini dapat digambarkan melalui DSLR Lensa kamera ezlin.

Selamat Maju Jaya dan semoga APC ini dapat memberi semangat dan impian untuk menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.

PRA UPSR PENENTU KECEMERLANGAN


Bermula 3-5 Ogos semua murid Tahun Enam menghadapi Peperiksaan Pra UPSR yang akan menentukan pencapaian sebenar murid-murid tahun enam. Seluruh warga SKC mendoakan kejayaan anda semua. SELAMAT MENJAWAB DAN TERUSKAN KECEMERLANGAN ANDA

BORANG PERMOHONAN BRIGED BESTARI


MINTA PERHATIAN

BORANG BRIGED BESTARI BOLEH DI DAPATI DENGAN CARA BERIKUT

SILA IKUTI LANGKAH-LANGKAH BERIKUT. BACA DAN FAHAMI KESELURUHAN LANGKAH INI SEBELUM MEMUAT TURUN BORANG INI

1. SILA PERGI PADA BAHAGIAN MUAT TURUN DI BAHAGIAN KANAN BLOG INI
2. SILA CARI NAMA FAIL "BORANG PERMOHONAN BRIGED BESTARI".
3. KLIK PADA FAIL TERSEBUT DAN SIMPAN DI DALAM FOLDER ANDA SAMA ADA DALAM PEN DRIVE ATAU DESKTOP PC/LAPTOP ANDA.
4. SELEPAS ITU TELITI PADA KESELURUHAN BORANG TERSEBUT DAN ELAKKAN TERUS MENGISI
5. ADA TUGASAN DIBERIKAN.
6. ANDA HANYA MELAKSANAKAN SETIAP ARAHAN YANG DIBERIKAN PADA BORANG TERSEBUT
7. SIAP DAN HANTAR SECARA EMAIL KE mrhisyam8278@yahoo.com.
8. SEGALA TUGASAN PERLU DISIAPKAN SEBELUM ATAU PADA 6 OGOS 2010 SEBELUM JAM 6 PETANG.
9. KEGAGALAN ANDA BERBUAT DEMIKIAN MENYEBABKAN PERMOHONAN ANDA TIDAK AKAN DIPROSES.

INGAT !!! BORANG INI HANYA BOLEH DIMUAT TURUN PADA ATAU SELEPAS 12 TENGAH HARI 29 JULAI 2010.

SELAMAT MENCUBA SEMOGA ANDA BERJAYA

PERJUMPAAN 3 PENJURU ELIT DAN HARLUS

Pada 27 dan 28 Julai 2010, satu perjumpaan 3 penjuru antara guru, ibu bapa dan murid ELIT dan HARLUS UPSR 2010 telah diadakan di Makmal Bestari. Selama hampir sejam setengah perjumpaan ini di adakan. Kehadiran ibu bapa penjaga murid elit dan harlus sangat memberangsangkan.

Antara pengisian yang dilaksanakan semasa perjumpaan ini ialah sesi taklimat Ujian Canang 1 dan 2, penerangan tips atau penekanan yang perlu diberi perhatian oleh guru-guru mata pelajaran, sesi santapan rohani dan rumusan. Secara keseluruhannya perjumpaan ini berjalan dengan baik. Pihak sekolah sangat-sangat mengharapkan kerjasama dan keprihatinan ibu bapa penjaga terhadap murid-murid calon UPSR 2010 ini memandangkan tempoh peperiksaan makin hampir. Minggu depan iaitu pada 3, 4 dan 5 Ogos PRA-UPSR akan diadakan dan selepas cuti Hari Raya UPSR sebenar akan menjelma iaitu pada 21-23 September 2010.

Justeru itu semua pihak seharusnya mengembeleng bersama-sama agar dapat merealisasikan impian untuk memastikan lebih 15 orang calon mendapat keputusan 5A. Amin... KLIK PADA VIEW ALL IMAGE untuk melihat paparan video